PENANG FC dan Sabah FC mengesahkan slot suku akhir Piala FA selepas menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pusingan 16 pada Sabtu.
Penang FC mara setelah menewaskan Kuching City FC 4-0 dalam perlawanan di Stadium Negeri, Kuching.
Soony Saad, terlebih dulu meletakkan pasukan pelawat di depan hasil jaringan Soony Saat minit ke-10 untuk memimpin perlawanan separuh masa pertama.
Separuh masa kedua Harimau Kubang meningkat tekanan apabila tiga gol lagi terhasil menerusi jaringan Rafael Victor minit ke-48.
Hadin Azman dan Giovanni Gomes masing-masing turut menyumbang gol pada minit ke-65 diikuti minit ke-95.
Kemenangan itu menyaksikan Penang bakal berdepan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas lapan terbaik.
Sementara itu, Sabah turut mengiringi Penang mara selepas menyingkirkan cabaran Kelantan United, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Likas.
Gol anak buah Datuk Ong Kim Swee dijaringkan setiap babak bermula dengan jaringan Baddrol Bakhtiar minit ke-13 diikuti Stuart Wilkins pada minit ke-59.
Kemenangan itu menyaksikan Sabah berdepan Kuala Lumpur City di fasa suku akhir.