Kelantan 'lubuk' penyeludupan di Pantai Timur

Iklan
Antara rokok seludup dirampas. (Gambar kecil: Sazali)
PASIR PUTEH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendedahkan Kelantan merupakan 'lubuk' penyeludupan di kawasan Pantai Timur susulan merekodkan tangkapan tertinggi berbanding Terengganu dan Pahang.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, kedudukan Kelantan yang terletak bersempadan dengan Thailand menjadi penyumbang kepada aktiviti tersebut.

"Sepanjang Ops Badai dan Ops Makmur II bermula 27 Mac hingga 14 April, kami berjaya mengekang aktiviti penyeludupan melibatkan sebanyak 33 kes dengan jumlah cukai RM2.41 juta.

Iklan
Iklan

"16 daripadanya melibatkan rampasan pelbagai rokok bernilai RM597,368.44 dengan nilaian cukai RM2.31 juta," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama pegawai-pegawai Operasi Khas Bersepadu (Operasi Badai dan Operasi Makmur II) di Tok Bali di sini.

Iklan

Menurut beliau, kes kedua tertinggi yang direkodkan ialah rampasan pelbagai jenis mercun melibatkan jumlah RM26,309.64, nilaian cukai RM39,377.01.

"Dua kes melibatkan rampasan beras RM8,770.25, nilaian cukai RM3,508.10 dan lain-lain barang tujuh kes (RM35,023), (RM62,814.50)," katanya.

Iklan

Sazali memberitahu, sepanjang tempoh tersebut 11 tangkapan dibuat melibatkan mereka yang berusia 26 hingga 45 tahun.

"Oleh itu kerjasama orang ramai sangat diperlukan dalam menyalurkan maklumat kepada kami," katanya.

Ujarnya, orang ramai tidak perlu takut untuk menyalurkan maklumat kerana JDKM akan merahsiakan identiti tersebut.