Polis kesan doktor wanita bantu siasatan kes rogol remaja

Iklan
Gambar hiasan

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Polis sedang mengesan seorang doktor wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol melibatkan seorang remaja pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, doktor berkenaan sebelum itu telah menghubungi polis kira-kira jam 4.40 petang memaklumkan remaja berumur 16 tahun yang hadir ke klinik di Jitra, Kedah.

Iklan
Iklan

"Remaja tersebut memaklumkan kepada doktor tersebut bahawa dia pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati pesakit itu tidak mengandung," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan mendapati wanita tersebut merupakan saksi penting dalam kes ini.

Iklan

"Wanita ini adalah doktor yang bertugas semasa menerima dan memeriksa remaja tersebut.

"Beliau diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Jenayah iaitu Inspektor Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222," katanya.

Iklan