Bekas isteri Hakimi gigit jari, semua harta atas nama ibu

Iklan
Aksi pemain Maghribi Achraf Hakimi kucup ibunya tarik perhatian dunia semasa Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini.

BEKAS isteri pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi, Hiba Abouk gagal memperoleh separuh daripada kekayaannya selepas Hakimi dilaporkan tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya, lapor akhbar Sepanyol, Marca.

Menurut laporan itu, Hiba meminta separuh daripada harta dan kekayaan Hakimi ketika memfailkan cerai, namun dia dimaklumkan Hakimi tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya dan semua aset yang dimilikinya adalah atas nama ibunya.

Iklan
Iklan

Laporan itu menambah bahawa ibunya adalah penerima gajinya.

Menurut laporan oleh Morocco World News, Jun lalu, pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu adalah pemain bola sepak Afrika yang keenam menerima gaji tertinggi iaitu lebih daripada AS$215,000 (RM1.1 juta) seminggu.

Iklan

Hakimi menghadapi pertuduhan merogol selepas seorang wanita berusia 24 tahun melakukan dakwaan itu pada Februari lalu.

Polis membuka siasatan berhubung kes itu walaupun mangsa dikatakan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia hanya mahu 'membuat kenyataan dirogol' tanpa mengemukakan aduan rasmi.

Iklan

Bulan lalu, Hiba buat kali pertama bersuara berhubung dakwaan rogol terhadap Hakimi apabila berkata dia akan sentiasa berada di sisi mangsa.

Dia juga memutuskan untuk berpisah dengan Hakimi sebelum suaminya itu berdepan dakwaan merogol, tetapi tidak menjelaskan sebab di sebalik perpisahan itu.

Hiba, dikenali Hakimi pada 2018 ketika dia beraksi untuk Dortmund di Jerman, berusia 12 tahun lebih tua daripadanya. - Awani/ Agensi