Jualan Rahmah diperluas ke kawasan DUN di Pahang

Iklan
Fuziah menunjukkan ayam seberat lebih dua kilogram yang dijual pada harga RM10 seekor sempena Jualan Rahmah Aidilfitri peringkat negeri Pahang berbanding harga normal RM9.40 sekilogram pada hari biasa.

PEKAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang akan memperluaskan program Jualan Rahmah ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang secara berperingkat.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, setakat ini jualan Rahmah telah dilaksanakan di 14 kawasan Parlimen di seluruh daerah dengan nilai jualan RM579,000.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga kini, Jualan Rahmah telah dilaksanakan di 3,223 lokasi merangkumi 118 kawasan Parlimen di seluruh negara dengan nilai jualan RM54 juta.

"Terkini, KPDN turut melancarkan Program Jualan Rahmah sempena hari raya Aidilfitri Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung serentak di 14 kawasan Parlimen selama dua hari bermula Ahad hingga Isnin ini.

Iklan

"Program jualan ini melibatkan 70 item terdiri barangan keperluan asas dan harian yang dijual pada harga menjimatkan antara 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga semasa setempat," katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.

Beliau sebelum itu hadir menyempurnakan pelancaran Program Jualan Rahmah sempena hari raya Aidilfitri Peringkat Negeri Pahang di di perkarangan Dewan Datuk Shahbandar, Bandar DARA, Felda Chini di sini.

Iklan

Fuziah berkata, melalui program jualan itu, dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan penduduk di negeri ini untuk persiapan hari raya Aidilfitri.

"Semua rakyat setempat khususnya pengguna di Chini boleh datang berbelanja di sini dan mendapat manfaat Inisiatif Payung Rahmah yang dilaksanakan sebagai sebahagian dari usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya.

Tambah beliau, pemain industri khususnya pasar raya besar dan pasaraya disaran bersama-sama berganding bahu bersama kerajaan bagi menjayakan inisiatif Jualan Rahmah itu.