Nyamuk Anopheles Stephensi vektor pembawa malaria - GHS

Iklan
Foto: Internet

ACCRA - Ghana mengesahkan buat kali pertama, nyamuk Anopheles stephensi sebagai vektor pembawa malaria baharu, menurut Perkhidmatan Kesihatan Ghana (GHS) Sabtu.

GHS mengumumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, memaklumkan spesies nyamuk itu dikenal pasti ketika pengawasan rutin malaria di seluruh negara, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

GHS menggambarkan Anopheles stephensi sebagai vektor unik yang membiak di kolam, paya termasuk semua tapak pembiakan Anopheles biasa.

"Tetapi (ia) mampu bertahan pada suhu yang sangat tinggi semasa musim kemarau yang pada kebiasaan penularan malaria menurun," menurut GHS.

Iklan

GHS telah menubuhkan pasukan petugas untuk menasihati dan menyelaras kawalan malaria di negara ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Anopheles stephensi pada asalnya berasal dari bahagian Asia Selatan dan Semenanjung Arab dan dikesan di lima negara di Afrika sejak sedekad yang lalu.

Iklan

Pihak Berkuasa Makanan dan Ubatan Ghana pada Khamis mengumumkan bahawa vaksin malaria R21 Universiti Oxford telah diluluskan penggunaannya bagi melindungi kanak-kanak berumur 5-36 bulan daripada penyakit maut itu. - Bernama