Mexico: 20 lelaki bersenjata serang pusat renang, 7 maut

Iklan
Pihak berkuasa berada di tempat kejadian di mana lelaki bersenjata membunuh beberapa orang termasuk seorang kanak-kanak bawah umur selepas menyerbu taman air di Cortazar, negeri Guanajuato, Mexico - Foto: Reuters

BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 20 lelaki bersenjata menyerang pengunjung di pusat peranginan renang La Palma di Guanajuato Mexico, menyebabkan tujuh orang terbunuh.

Serangan itu dilaporkan berlaku di perbandaran Cortazar pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya 20 lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan ke arah orang ramai di resort itu, Sputnik memetik laporan akhbar Universal.

Sekurang-kurangnya tujuh orang iaitu tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu.

Iklan

Suspek sempat melarikan beberapa kamera keselamatan dari resort itu sebelum melarikan diri. - Bernama

Iklan