Skuad takraw negara 'simpan kuku'

Iklan
Skuad sepak takraw yang bakal menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja bulan depan. - Foto Facebook Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

KEM sepak takraw negara selesa dengan pendekatan 'mengunci mulut' mengenai gandingan pemain yang bakal menggalas cabaran Malaysia pada Sukan SEA 2023 di Kemboja bulan depan.

Ini kerana Malaysia mempunyai strategi tersendiri apabila akan mengumumkan senarai gandingan itu pada detik akhir bagi mengelak taktikal mereka diintai pasukan lawan.

Iklan
Iklan

Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun sudah mempunyai bayangan gandingan yang akan dipertaruhkan, namun perlu disesuaikan memandangkan ia melibatkan beberapa acara.

"Gandingan pemain pula, kita akan lihat dari segi kesesuaian supaya dapat gabungkan mereka mengikut acara sama.

Iklan

"Ia melibatkan acara berpasukan, antara regu dan acara doubles. Kita akan lihat dari segi kesesuaian untuk ke Sukan SEA nanti,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Mengulas keputusannya membawa lima pemain apit kanan ke Kemboja biarpun terdapat beberapa nama dari posisi berlainan yang dirasakan layak tidak berada dalam pasukan, Ahmad mempunyai sebab tersendiri.

Iklan

Beliau berpandangan keperluan membawa lima perejam adalah berdasarkan variasi gulungan yang dimiliki setiap pemain dalam misi menundukkan Thailand.

"Kalau kita lihat tahap prestasi pemain muda, mereka masih belum mencapai satu tahap yang kita boleh harapkan sebagai pemain utama.

"Pemain senior seperti Azlan Alias dan Khairol Zaman (Hamid Akhbar). Mereka mempunyai pengalaman yang tinggi pada kejohanan peringkat antarabangsa.

"Jadi kita bawa mereka sebagai nilai tambah untuk digandingkan dengan pemain muda bagi menghadapi temasya itu nanti,” jelasnya.

Selain Azlan dan Khairol Zaman, antara perejam yang dipertaruhkan Malaysia termasuklah Hafizul Hayazi Adnan selain dua 'muka lama' - Noraizat Nordin dan Afifudin Razali.