18,000 ekor lembu rentung dalam letupan dahsyat

Iklan
Asap hitam menjulang ke langit ketika kebakaran ladang tenusu berlaku di Texas, AS

TEXAS - Sekurang-kurangnya 18,000 ekor lembu dilaporkan mati selepas letupan besar di ladang tenusu di Texas Barat pada Isnin yang sekali gus dianggap insiden terbesar membabitkan haiwan ternakan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan akhbar The Independent, kebakaran bermula selepas letupan yang berlaku di ladang South Fork Dairy di Dimmitt, Texas.

Iklan
Iklan

Sementara itu Sheriff Country Castro, Salvador Rivera berkata, letupan dan kebakaran berkemungkinan disebabkan peralatan elektrik terlalu panas dan insiden itu akan disiasat pihak bomba.

Saksi berkata, kepulan asap hitam memenuhi ruang langit di sekitar ladang tenusu selama berjam-jam.

Iklan

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku, namun seorang pekerja ladang tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Sukar untuk membayangkan bagaimana lembu dibakar hidup-hidup dan kami berharap industri ini akan kekal menumpukan kepada isu tersebut dan sangat menggalakkan peladang mengambil langkah keselamatan di tempat kerja," kata sekutu dasar program haiwan ternakan, Allie Granger.

Iklan

Hakim Castro Country, Mandy Gfeller menganggarkan kerugian di ladang South Fork Dairy membabitkan puluhan juta dolar.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen lanjut. - Agensi