Jerman tutup tiga loji nuklear terakhir

Iklan
Loji nuklear Neckarwestheim II yang terletak di Jerman. - Agensi

BERLIN - Tiga loji janakuasa nuklear terakhir Jerman sudah ditutup sepenuhnya pada Sabtu sekali gus menandakan berakhirnya era nuklear negara tersebut yang telah menjangkau lebih enam dekad.

Penutupan reaktor yang telah dipersetujui lebih sedekad adalah sebahagian daripada peralihan yang dirancang untuk bertukar kepada tenaga boleh diperbaharui.

Iklan
Iklan

Firma tenaga RWE dalam satu kenyataan mengesahkan loji nuklear Emsland, Neckarwestheim II dan Isar II diputuskan sambungannya dari grid.

Pengkritik berpendapat bahawa teknologi itu tidak selamat dan tidak mampan, sambil memetik malapetaka yang berlaku di Pulau Three Mile, Chernobyl dan Fukushima.

Iklan

Bagaimanapun, penyokong tenaga atom berkata, bahan api fosil harus dimansuhkan terlebih dahulu di tengah-tengah usaha global untuk menangani perubahan iklim, dengan alasan kuasa nuklear menjana pelepasan gas rumah hijau yang jauh lebih rendah dan boleh menjadi sumber tenaga yang selamat jika diurus dengan betul.

Pelan itu dipercepatkan oleh bekas Canselor Angela Merkel pada 2011 selepas bencana nuklear Fukushima di Jepun. - Agensi

Iklan