Helikopter tentera Jepun hilang: Lima mayat ditemui di Okinawa

Iklan
Gambar yang diambil dari Pulau Ikema, Prefektur Okinawa, menunjukkan kapal penyelamat Maritim Chihaya sedang mencari helikopter SDF yang hilang pada Jumaat. | KYODO

MOSCOW - Lima mayat dan beberapa lagi serpihan helikopter tentera Jepun UH-60JA yang hilang minggu lalu ditemukan pada kedalaman 106 meter (348 kaki) di perairan wilayah Okinawa pada Ahad, lapor Sputnik.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada mayat itu adalah penumpang yang menaiki helikopter berkenaan, menurut Agensi Berita Kyodo, memetik pihak berkuasa pertahanan.

Iklan
Iklan

Usaha sedang dijalankan untuk membawa mayat ke permukaan.

Helikopter itu berlepas dari pangkalan Miyakojima di Pulau Miyako pada 15:46 (06:46 GMT) Khamis lalu dan sepatutnya kembali ke pangkalan sama pada 17:05, sebelum ia hilang daripada radar.

Iklan

Misi mencari dan menyelamat 24 jam yang melibatkan kapal selam khas, pesawat dan bot peronda itu turut menemukan dua rakit penyelamat dan beberapa baki serpihan badan pesawat.

Pesawat itu membawa 10 penumpang, lapan daripadanya terdiri pegawai berpangkat tinggi termasuk komander divisyen kelapan tentera Jepun, Yuichi Sakamoto, yang dilantik memegang jawatan itu pada 31 Mac. - Bernama-Sputnik

Iklan