GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas jet ski yang ditunggangnya terbabas sebelum terlanggar sebuah bot yang diletakkan di tepi laut, dalam nahas di kawasan pantai di belakang sebuah hotel di Batu Ferringhi, dekat sini pada Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, dalam kejadian 4.45 petang itu, mangsa Tun Lin Aung, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di dagu dan leher.
"Hasil siasatan awal, lelaki itu bekerja kilang di Kuala Lumpur dan datang ke Batu Ferringhi di sini untuk menghadiri pesta Songkran bersama rakan senegaranya sebelum mangsa menyewa sebuah jet ski di kawasan pantai tersebut dengan harga RM150.
Lelaki itu menunggang sendirian dan dia kemudiannya dipercayai terbabas sebelum terlanggar sebuah bot yang diletakkan di tepi laut di kawasan pantai tersebut.
Saravanan berkata, pemeriksaan pasukan perubatan mendapati mangsa telah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat esok.
Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk ketika menyewa jet ski itu dan perkara tersebut turut diakui rakan senegaranya.
Menurutnya, pemeriksaan juga mendapati lelaki itu telah tiga tahun bekerja di negara ini dan mempunyai dokumen perjalanan diri serta permit kerja yang sah.
"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merekodkan keterangan beberapa saksi dan rakan mangsa bagi melengkapkan siasatan," katanya. - Bernama