Kanak-kanak berusia setahun antara 6 pengemis ditahan

Iklan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun antara enam individu ditahan dalam Operasi Bersepadu ke atas pendatang asing di tiga lokasi berasingan di sekitar Kota Tinggi pada Ahad. - Gambar hiasan

KOTA TINGGI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun antara enam individu ditahan dalam Operasi Bersepadu ke atas pendatang asing di tiga lokasi berasingan di sekitar daerah ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan setahun hingga 66 tahun itu ditahan menerusi operasi dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antara 2 hingga 4 petang.

Iklan
Iklan

Menurut Hussin, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat dengan kegiatan itu, sebelum kedua-duanya diserahkan kepada JKM untuk tindakan dokumentasi.

"Empat warga asing itu diserahkan kepada JIM untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen," katanya dalam kenyataan malam Ahad.

Iklan

Hussin berkata, operasi bersepadu itu bertujuan mengesan dan menangkap bagi menyekat kebanjiran pengemis di sekitar Kota Tinggi. - Bernama

Iklan