Tak perlu pandang Jepun atau Eropah, ikut saja JDT

Iklan
Aksi Liga Super antara JDT dan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 31 Mac lalu. (Gambar kecil: Zainal Abidin)

DASAR pandang ke Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu menjadi keutamaan setiap pasukan dalam usaha melahirkan sebuah liga domestik yang lebih berkualiti.

Legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata, Malaysia kini sudah mempunyai contoh terbaik menerusi apa yang telah dilakukan JDT.

Iklan
Iklan

Malah, beliau berkata, keupayaan setiap pasukan bersaing secara kompetitif secara tidak langsung dapat menyediakan skuad kebangsaan yang mampu 'mengaum' di pentas antarabangsa.

"Selagi Liga-M (Liga Malaysia) berada pada tahap yang tinggi, banyak pasukan dapat bersaing dan dapat melahirkan pemain-pemain berkualiti.

Iklan

"Bagaimana JDT boleh sampai ke satu tahap yang begitu baik, dapat bermain dengan satu tahap yang tinggi dan ia satu contoh yang baik di depan mata,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.

JDT membuktikan mereka bukan lagi tandingan pasukan tempatan apabila tampil 'berkuasa' di pentas Liga-M sejak mengalami transformasi pada musim 2013.

Iklan

Musim ini, skuad kendalian Estiban Solani itu tampak lebih garang dan dominan apabila merekodkan 39 gol dan hanya bolos sekali dalam sembilan perlawanan termasuk aksi Piala FA.Beberapa pasukan yang dianggap sebagai pencabar utama JDT seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Selangor FC dan Sabah FC juga tidak mampu menyaingi ketangkasan Harimau Selatan.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin memberitahu, pasukan Liga-M lain tidak perlu malu untuk belajar dengan JDT sekiranya mahu megikut jejak langkah sama.

"Jika pasukan lain dapat mempelajari dalam 20 peratus sahaja daripada apa yang dibuat JDT, kita akan dapat lebih banyak kebaikan dan dapat lahirkan lebih banyak pemain berkualiti,” jelasnya.