Arsenal hilang punca

Iklan
Saka (kanan) gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang West Ham. - Foto AFP

MIKEL Arteta kecewa selepas Arsenal gagal mempertahankan kelebihan dua gol ketika menentang West Ham United pada Ahad.

The Hammers bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 di Stadium London sekali gus memberikan tamparan buat Arsenal untuk merangkul kejuaraan liga.

Iklan
Iklan

Ia selepas Manchester City hanya empat mata dibezakan dengan Arsenal dan memiliki satu perlawanan dalam tangan.

"Sangat mengecewakan. Cara kami bermula adalah hebat dan kami mengawal sepenuhnya, kemudian kami hilang tujuan.

Iklan

"Kami memberi mereka harapan, memberikan sepakan penalti, pujian diberikan kepada mereka.

"Kami memerlukan gol ketiga dan keempat, namun ia gagal dihasilkan," kata Arteta.

Iklan

Gabriel Jesus dan Martin Odegaard memberikan permulaan sempurna buat The Gunners dalam tempoh 10 minit separuh masa pertama.

Said Benrahma merapatkan kedudukan pada minit ke-33 sebelum Jarrod Bowen menyamakan kedudukan pada minit ke-54, dua minit selepas Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Sementara itu, pengendali West Ham, David Moyes memuji persembahan hebat anak buahnya walaupun pasukan itu masih bergelut dengan risiko penyingkiran.

"Kami ketinggalan 2-0 tetapi bangkit menentang Arsenal dengan cara permainan mereka, selepas beraksi pada Khamis, adalah baik.

"Penalti itu mencetus kebangkitan kami. Ia membuka peluang dan membangkitkan semangat kami untuk mengejar," kata Moyes