Sivakumar nafi kediaman digeledah SPRM

Iklan
Sivakumar - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan kediamannya digeledah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad.

Ketika ditanya media berkenaan soalan tersebut, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hanya memberi respons ringkas dengan berkata, tidak.

"Tidak, tidak, tidak,” katanya di sini selepas Majlis Pra Pelancaran National Training Week 2023 pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kerjasama berhubung siasatan kes rasuah untuk kuota pengambilan pekerja asing akan diberikan sepenuhnya jika diperlukan.

"Biar mereka buat siasatan, masih dalam proses siasatan. Kalau apa-apa kita akan bagi kerjasama yang penuh.

Iklan

"Apabila dipanggil bagi kenyataan, kita akan 100 peratus bagi kerjasama,” ujarnya.

Pada Ahad, media melaporkan, Sivakumar hadir ke pejabat SPRM bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan agensi itu selepas menahan tiga individu termasuk dua pegawai kementerian tersebut pada minggu lalu.

Iklan

Tambah laporan, sumber berkata, Sivakumar dipercayai hadir ke pejabat SPRM kira-kira jam 10 pagi.

Selain itu, laporan media turut menyatakan SPRM menggeledah rumah dan pejabat beliau selepas mengambil keterangan.

Ia dilakukan bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Tambah laporan, penggeledahan terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperolehi Sivakumar.