[VIDEO] Sanusi kekal MB Kedah jika PN menang

Iklan
Sanusi

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan kekal menerajui pentadbiran negeri tersebut jika Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, pemimpin itu juga kekal menjadi 'poster boy' pada PRN dan sokongan berterusan daripada rakyat Kedah akan menjadi pemangkin kepada kejayaan PN di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pas Kedah akan terus mempertahan kepimpinan Muhammad Sanusi dalam menerajui pentadbiran negeri Kedah dan ketegasannya menegakkan kebenaran menjadi asbab tekanan politik yang berterusan diarahkan kepada beliau ketika ini.

"Pas Kedah ingin menegaskan bahawa YAB Sanusi kekal menjadi 'poster boy' dalam Pilihan Raya Negeri kelak dan beliau akan kekal meneraju pentadbiran Negeri Kedah jika terus diangkat dalam pilihan raya.

Iklan

"Insya-ALLAH, sokongan berterusan daripada rakyat Kedah akan menjadi pemangkin kepada kejayaan PN di Kedah khususnya dan tidak mustahil misi ini akan turut memberikan impak langsung kepada negeri lain yang ditadbir oleh pakatan Harapan (PH) seperti Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, langkah 'pembunuhan karakter' kepada Muhammad Sanusi dilaksanakan kerana beliau juga menjadi faktor penting kemenangan PN khususnya di Kedah.

Iklan

"Pas Kedah yakin segala perjalanan pentadbiran dan perlaksanaan dasar negeri Kedah berada dalam landasan terbaik seiring dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035. Malah, hasrat 'The Greater Kedah' yang digagaskan beliau tidak mustahil akan direalisasikan kelak, insya-ALLAH.

"Tekanan politik yang dihempapkan ke atas Kerajaan negeri Kedah menunjukkan Kerajaan Persekutuan membelakangi semangat Madani dalam erti kata sebenar. Ia juga mewajahkan sikap federalisme tempang yang mengundurkan negara ke era politik lapuk," ujar beliau.

Dakwanya, Kerajaan Persekutuan diingatkan supaya mengekalkan profesionalisme dalam hubungan dengan Kerajaan Negeri namun malangnya, Kerajaan Pusat melaksanakan federalisme terpilih kerana dendam politik serta pembunuhan karakter Muhammad Sanusi.