Kes rogol remaja: Polis rakam keterangan doktor wanita

Iklan

HULU SELANGOR - Polis telah merakam keterangan seorang doktor wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol melibatkan seorang remaja pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya telah selesai merakam keterangan doktor tersebut.

Iklan
Iklan

"Doktor berkenaan telah tampil membantu siasatan dan memberikan kerjasama yang baik," katanya ringkas ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan polis dihubungi seorang doktor dari klinik di Jitra, Kedah memaklumkan pesakitnya (remaja perempuan) mengadu sakit perut, loya dan tidak datang bulan.

Iklan

Remaja berumur 16 tahun itu memaklumkan kepada doktor tersebut bahawa dia pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati dia tidak mengandung.

Susulan itu, polis giat mengesan doktor wanita itu yang merupakan saksi penting dalam kes tersebut bagi membantu siasatan.

Iklan