Empat lokasi di Perak, Terengganu catat IPU sederhana

Iklan
Keadaan sekitar bangunan ikonik Terengganu, jambatan angkat yang dirakam jam 2 petang pada Isnin agak mendung dan berjerebu.

IPOH - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat kawasan di Perak dan Terengganu menunjukkan bacaan sederhana setakat jam 2 petang pada Isnin.

Di Perak, berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Seri Manjung menjadi daerah yang mencatatkan IPU paling tinggi di negeri ini iaitu dengan bacaan IPU 86.

Iklan
Iklan

Ia diikuti Taiping dengan bacaan IPU 82 manakala Tasek dan Pegoh di sini mencatatkan 80 dan 71. Satu lagi lokasi di Tanjung Malim pula mencatatkan bacaan IPU 69.

Kadar IPU di kawasan Ipoh mencatatkan paras sederhana.

Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai masih meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa.

Iklan

Sementara itu, di Terengganu, berdasarkan Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga jam 2 petang ini, Kuala Terengganu merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 87 diikuti Kemaman (80), Paka (75) dan Besut (74).

Tinjauan Sinar Harian di pusat bandar raya Kuala Terengganu mendapati aktiviti harian penduduk di sekitar kawasan ini berjalan seperti biasa biarpun keadaan cuaca mendung dan berjerebu.

Iklan

Difahamkan, situasi cuaca di kebanyakan kawasan di Terengganu agak mendung dan tidak panas terik seperti yang berlaku sehari sebelumnya iaitu pada Ahad.

Media melaporkan fenomena jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pemantauan akan dilakukan di kawasan-kawasan yang ‘sensitif’ seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan lokasi yang sering berlaku pembakaran terbuka.