Hero tragedi kompleks kilang Rana Plaza alami trauma melampau

Iklan
Tragedi terburuk dalam sektor industri itu telah meragut lebih 1,000 nyawa.

DHAKA - Seorang aktivis Bangladesh yang diangkat sebagai hero kerana menyelamatkan puluhan mangsa yang terperangkap ketika kompleks kilang Rana Plaza runtuh pada 2013 dipercayai telah membunuh diri selepas mengalami trauma yang dikaitkan dengan masalah kemurungan, menurut polis, hari ini.

Nowshad Hasan Himu, 27, melakukan tindakan itu berhampiran bandar perindustrian Savar, lewat Rabu ketika ulang tahun ke-6 memperingati tragedi itu yang meragut 1,138 nyawa.

Iklan
Iklan

"Dia menuang minyak tanah ke atas tubuhnya sebelum membakar dirinya sendiri. Himu kemudiannya dikejarkan ke hospital di Dhaka sebelum disahkan meninggal dunia," kata jurucakap polis, Inspektor Asgar Ali.

Rakan Himu mengesahkan dia mengalami trauma melampau akibat kejadian yang disifatkan sebagai tragedi terburuk dalam sektor industri itu.

Iklan

"Dia tinggal berseorangan di rumahnya bersama dua anjing. Dia juga sentiasa mengelak bertemu orang keliling," kata Ali.

Difahamkan, Himu menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama 17 hari berturut-turut selain menghabiskan masa di hospital membantu mangsa. - AFP

Iklan