Kereta tular kemalangan di Genting Highlands ada 11 rekod saman

Iklan
Polis Bentong telah memanggil pemandu kereta untuk siasatan lanjut. - Foto ihsan PDRM

BENTONG - Polis Bentong telah memanggil seorang pemandu kereta berusia 27 tahun selepas tular sebuah rakaman video kemalangan di laman sosial Facebook pada Ahad.

Dalam rakaman tersebut, memaparkan sebuah kereta dipandu melulu dan cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Iklan
Iklan

Rakaman kemalangan itu telah dimuat naik seorang pengguna di laman Facebook JB Tracer: Johor Bahru Traffic, Crime & Community.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku pada Ahad lepas kira-kira jam 7.25 pagi di Kilometer 14.6 Jalan Genting Highlands.

Iklan

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati pemandu kereta itu dalam perjalanan dari Serdang, Selangor menuju ke Genting Highlands.

"Apabila sampai di selekoh, pemandu itu telah memotong sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri di sebelah kiri jalan.

Iklan

"Pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan," katanya.

Zaiham berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah mengesan dan memanggil pemandu tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Semakan ke atas kenderaan itu juga mendapati ia mempunyai 11 rekod saman," ujar beliau.