Capal dan tanjak

Iklan

Peniaga Mohd Rafi Kori, 44, (kanan) bersama adik-beradiknya (dari kiri) Ghazali, 36, Kamrul, 49, dan Mohd Arif, 38, menunjukkan tanjak dan capal yang dijual menjelang Aidilfitri di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), hari ini.

Kecintaan terhadap tradisi dan budaya mendorong empat beradik dari Kampung Pulau Manis Serada di sini, untuk mengusahakan perniagaan capal dan tanjak, sekali gus memartabatkan busana Melayu asli itu.

Iklan
Iklan

Walaupun permintaan terhadap busana tradisional Melayu lama itu tidak sehebat songkok dan baju Melayu terutama menjelang Syawal, namun ia tetap memiliki peminatnya tersendiri dan masih mendapat tempat di pasaran.