Treler mengundur akibat brek rosak langgar 8 kenderaan

Iklan
Seorang anggota bomba memerhati sebuah kereta yang remuk teruk selepas dilanggar secara mengundur oleh treler membawa muatan pasir di Rawang Mutiara Business Centre, Rawang, Selangor pada Isnin.

SHAH ALAM - Sebuah treler yang berhenti di lampu isyarat mengundur secara tiba-tiba lalu melanggar lapan kenderaan dalam kemalangan di Rawang Mutiara Business Centre, Rawang, Selangor pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, kejadian jam 3.47 petang di hentian lampu isyarat pusat perniagaan itu disebabkan treler membawa muatan pasir dipercayai menghadapi masalah kegagalan sistem brek.