Biskut bedak jadi pilihan ramai

Iklan
Nurul Fatimah bersama biskut jejari susu (kanan) dan choc chip yang laris ditempah pelanggan.

TEMERLOH - Biskut bedak atau pun jejari susu laris dan menjadi pilihan pelanggan untuk dihidangkan kepada tetamu pada Aidilfitri nanti.

Seorang pengusaha biskut raya, Nurul Fatimah Marzuki, 37, memberitahu, keenakan rasa susu membuatkannya menjadi pilihan ramai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah tempahan hampir 1,000 balang kuih raya, 200 daripadanya adalah biskut tersebut yang dibuat sendiri selain choc chip yang turut mendapat tumpuan tahun ini.

"Tahun ini sambutan menggalakkan sehingga saya tak menang tangan melayan permintaan. Saya terpaksa hadkan jumlah tempahan kerana hanya buat biskut sendiri tanpa bantuan pekerja lain.

Iklan
Antara biskut raya yang ditempah pelanggan Nurul Fatimah pada tahun ini sempena Aidilfitri.

"Saya pilih buat sendiri dengan bantuan suami dan anak-anak kerana mudah untuk menyusun waktu," ujar ibu kepada empat cahaya mata berusia setahun hingga 12 tahun ini.

Dalam pada itu, Nurul Fatimah mengakui berlaku kenaikan kos pelbagai bahan seperti tepung gandum dan mentega, namun dia tetap berusaha menawarkan harga berpatutan buat pelanggan.

Iklan

"Walaupun harga barang naik melambung tapi saya tetap jual semua dengan harga berpatutan dan mampu beli.

"Semua harga biskut bawah RM30, bermula harga RM22 hingga RM27 sebalang," jelasnya yang mula menjual biskut raya sejak 2013.

Selain dua biskut tersebut, dia turut menghasilkan pelbagai biskut lain antaranya mazola, tart nenas, caramelo dan red velvet chip.