Kerja penyelenggaraan punca Lebuhraya Karak sesak

Iklan
Trafik sesak itu berlaku sepanjang 11.7 kilometer (km) bermula dari KM20.1 arah timur sehingga ke lokasi kerja-kerja penyelenggaraan. - Gambar hiasan (Ciapan LPT pada Selasa.)

SHAH ALAM - Kerja-kerja penyelenggaraan didakwa menjadi punca Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur mengalami kesesakan.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi ciapan di akaun Twitter memaklumkan, trafik sesak itu berlaku sepanjang 11.7 kilometer (km) bermula dari KM20.1 arah timur sehingga ke lokasi kerja-kerja penyelenggaraan.

Iklan
Iklan

Tambahnya, lorong tengah dan kanan di KM31.8 hingga KM32.7 arah timur (Genting Sempah) ditutup bagi memudahkan kerja penyelenggaraan.

"Penutupan adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan 'pavement rehabilitation'," katanya dalam satu hantaran pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menerusi tinjauan Sinar Harian di media sosial, trafik perlahan itu didakwa berlaku sejak tengah malam Isnin menyebabkan pengguna jalan raya menghadapi kesesakan sehingga lebih empat jam.