Anak peniaga pasar malam cemerlang, balas pengorbanan abang

Iklan
Muhammad Shahrul berkongsi kegembiraan dengan ibu dan bapanya.

BANTING - Pengorbanan seorang abang tidak menyambung pelajaran demi memberi peluang adiknya meneruskan persekolahan berbalas, apabila anak kedua daripada lima beradik itu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Muhammad Shahrul Nizam, 19, berkata, pengorbanan abang sulungnya amat dihargai kerana sanggup membantu ibu, Rahimah Osman, 40, dan ayah, Mustapha Salleh, 58, berniaga walaupun dia sendiri mampu menjadi pelajar cemerlang.

Iklan
Iklan

"Kejayaan saya hari ini adalah hasil pengorbanan ayah yang bekerja sebagai peniaga pakaian di pasar malam dan abang yang tidak meneruskan pelajarannya selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk membantu keluarga," katanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bersama Muhammad Zaurein (dua kanan) dan Muhammad Shahrul (dua kiri) selepas mengumumkan keputusan STAM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis.

Muhammad Shahrul berkata, dia bercita-cita menjadi guru namun tidak berhasrat menyambung pengajian ke luar negara walaupun berpeluang untuk mendalami bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Iklan

"Saya akan melanjutkan pelajaran saya insya-ALLAH di universiti dalam negara sahaja kerana dapat membantu keluarga apabila cuti semester," katanya.

Selain Muhammad Shahrul seorang lagi pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis, Muhammad Zaurein Rosman, 19, juga berjaya memperoleh keputusan cemerlang 10 Mumtaz (cemerlang) dalam STAM.

Iklan
Muhammad Zaurein (tengah) juga memperoleh keputusan cemerlang 10 Mumtaz dalam STAM.

Menceritakan rahsia kejayaannya, anak kepada pasangan Rosman Boyamin, 50-an dan Norsahanah Sani, 40-an itu berkata, fokus kepada pelajaran menjadi kunci kejayaannya meraih keputusan cemerlang.

"Syukur, Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh keputusan Mumtaz untuk peperiksaan ini. Ini adalah hadiah untuk ibu bapa dan adik-beradik saya,” kata anak ketiga dari empat beradik itu.

Muhammad Zaurein berkata, kejayaan itu juga diperoleh kerana patuh dengan nasihat serta pesanan ayah yang mahu dirinya mengutamakan solat, membaca al-Quran dan sentiasa menjaga silaturahim dengan rakan-rakan.