Jamie Foxx masih menerima rawatan di hospital

Iklan
Foxx dimasukkan ke hospital dan sedang menjalani beberapa ujian kesihatan. - Foto Instagram/Jamie Foxx

PELAKON terkenal Hollywood, Jamie Foxx masih menerima rawatan hampir seminggu selepas dimasukkan ke hospital akibat komplikasi kesihatan, kata sumber artis berkenaan kepada portal berita antarabangsa CNN pada Isnin.

Anak pelakon itu, Corinne Foxx memuat naik hantaran di akaun Instagram miliknya Selasa lepas, bapanya mengalami insiden berkaitan kesihatan.

Iklan
Iklan

Namun dia tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai perkara tersebut cuma bapanya itu"dijaga dengan baik dan dalam proses pemulihan".

CNN turut melaporkan pada Jumaat, Foxx dimasukkan ke hospital dan sedang menjalani beberapa ujian kesihatan.

Iklan

Sumber memberitahu CNN, insiden kesihatan itu tidak berlaku di set penggambaran dan Foxx tidak dibawa dengan ambulans ke hospital.

Penggambaran filem berkenaan masih diteruskan dan dijangka akan tamat minggu ini. - Awani

Iklan