Liverpool lega akhirnya menang

Iklan
Salah (kiri) menyumbat dua gol ketika membantu Liverpool menewaskan Leeds 6-1 awal pagi Selasa. - Foto AFP

LIVERPOOL menarik nafas lega apabila meraih kemenangan pertama dalam lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam Leeds United 6-1 awal pagi Selasa.

Biarpun dikatakan sebagai kemenangan kontroversi susulan gol Cody Gakpo, namun ia sudah cukup buat skuad kendalian Jurgen Klopp meraih mata berharga menuju baki saingan EPL musim ini.

Iklan
Iklan

"Ia perlawanan terbaik kami musim ini dari pelbagai sudut.

"Bahagian paling menarik bagi saya ialah pada minit ke-92 apabila kami mengasak pemain Leeds. Ia adalah gerakan terbaik,” ujar Klopp.

Iklan

Pada aksi di Elland Road itu, The Reds mendahului aksi di Elland Road apabila jaringan Gakpo dibenarkan walaupun bola terkena tangan Trent Alexander-Arnold.

Pegawai VAR dilaporkan tidak memeriksa insiden berkenaan kerana ia berlaku awal dalam gerakan sebelum jaringan Gakpo, dan ia mencetus rasa tidak puas hati pemain-pemain Leeds.

Iklan

Gol pasukan tuan rumah dihasilkan Luis Sinisterra pada awal babak kedua.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool di tangga kelapan, dua mata di belakang Brighton yang menghuni tangga ketujuh EPL.

Kekalahan tersebut sesuatu yang malang buat Leeds selepas dibelasah 1-5 di laman sendiri oleh Crystal Palace dan hanya berada dua mata di atas zon penyingkiran.

Skuad kendalian Javi Gracia itu teruk dicemuh penyokong sendiri selepas menjadi kelab kedua yang dibolosi sekurang-kurangnya lima jaringan dalam dua aksi EPL berturut-turut di laman sendiri.