PM umum berita gembira menjelang Aidilfitri petang ini

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman menarik menjelang Aidilfitri dalam sidang akhbar pada jam 2 petang ini.

Orang ramai khususnya rakyat Malaysia boleh mengikuti sidang akhbar berkenaan melalui saluran media sosial termasuk Facebook Pejabat Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Pada Jumaat, Anwar dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh memaklumkan akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter miliknya turut menyatakan perkara sama.

Iklan

Berdasarkan ciapan tersebut, rata-rata pengguna sosial media berkenaan kebanyakan mereka membuat tekaan bahawa pengumuman tersebut adalah berkaitan tol percuma di seluruh Malaysia.

Tidak kurang juga ada yang berharap berita baik itu adalah pengumuman pemberian duit raya oleh kerajaan.

Iklan