Sebanyak 400 talam nasi minyak berlauk disediakan sebelum dihidangkan kepada kira-kira 2,000 umat Islam yang menunaikan solat sunat Tarawih sempena kenduri malam seminggu terakhir Ramadan di Masjid Kapitan Keling, Georgetown, malam tadi.
Setiausaha Masjid Kapitan Keling Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, tradisi tahunan ini diadakan semula selepas tiga tahun tidak diadakan berikutan negara dilanda wabak COVID-19.