Arsenal perlu bangkit

Iklan
Gabriel (kanan) mahu rakan sepasukan bangkit untuk kembali meletakkan Arsenal di landasan kemenangan. - Foto AFP

ARSENAL perlu naik ke 'gear' lebih tinggi untuk kekal berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tercicir mata buat kali kedua berturut-turut.

Penyerang The Gunners, Gabriel Jesus berharap rakan sepasukan dapat meningkatkan momentum permainan untuk kembali ke landasan kemenangan.

Iklan
Iklan

The Gunners melepaskan kelebihan dua jaringan sebelum terikat 2-2 dengan West Ham dalam saingan EPL hujung minggu lalu.

Pada 9 April lalu, skuad bimbingan Mikel Arteta turut terlepas tiga mata berharga apabila terikat 2-2 dengan Liverpool.

Iklan

Keputusan itu menyaksikan kelebihan mereka di tangga teratas dengan pencabar terdekat, Manchester City berkurang kepada empat mata.

Pada aksi di Stadium London itu, Jesus dan Martin Odegaard meletakkan pasukan pelawat itu di depan seawal 10 minit pertama, namun Said Benrahma dan Jarrod Bowen kemudian kembali menyamakan kedudukan buat West Ham.

Iklan

The Citizens yang ketika ini menghuni tangga kedua dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan akan menjadi lawan mereka pada 27 April ini.

Justeru Jesus menggesa rakan sepasukan untuk mengekalkan standard mereka dan mengelak daripada keciciran sebarang mata sehingga akhir musim ini.

"Sebagai satu pasukan, kami perlu meningkatkan tahap permainan dan kembali kepada momentum sebenar pasukan.

"Kami tahu kekuatan masing-masing dan kami tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.