Anih Berhad hentikan penyelenggaraan lebuh raya bermula hari ini

Iklan
Ainul Hasri Shah sewaktu menjadi tetamu segmen Gegar Pagi memaklumkan situasi sebenar berhubung kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

SHAH ALAM - Anih Berhad, Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) memberi jaminan tiada lagi kerja-kerja penyelenggaraan bermula hari ini sehingga Aidilfitri.

Ketua Operasi dan Penyelenggaraannya, Ainul Hasri Shah Abu Hassan sewaktu menjadi tetamu segmen Gegar Pagi turut menjelaskan pihaknya akan memberikan khidmat terbaik kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Iklan
Iklan

Kami menanti kehadiran mereka yang ingin pulang ke Pantai Timur dengan hati terbuka dan memberikan khidmat terbaik supaya semua selesa," katanya.

Media melaporkan kesesakan teruk yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur ketika ini disebabkan oleh penutupan lorong kecemasan dan kiri untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Iklan

Pengendali lebuh raya itu, Anih Berhad dalam kemas kini di akaun Twitter berkata, kesesakan berlaku dari Kilometer (KM) 20.1 hingga KM30.8 berhampiran Bentong.

Bagaimanapun, pada jam 11 pagi tadi, Anih memaklumkan kesemua lorong telah dibuka dan trafik dijangka beransur pulih.

Iklan

Dalam pada itu, Ainul hasri Shah turut menjelaskan realiti sebenar tempoh masa diambil sekiranya berlaku kesesakan bermula dari Gombak ke Bentong.

"Ramai yang mengambil kira tempoh masa perjalanan dari kediaman mereka ke Bentong dan mengatakan mereka mengharungi lima hingga enam jam untuk sampai ke Gombak.

"Berdasarkan pengalaman saya, sebenarnya jika berlaku kesesakan teruk bermula dari Gombak ke Bentong, tempoh masa yang diambil adalah sekitar 2 jam 45 minit ke 3 jam. Apa yang berlaku pagi ini tidak sampai sehingga lima jam kerana kesesakan itu tidak panjang dan selepas terowong Genting Sempah ia sudah berakhir," katanya.