Tol Rahmah percuma empat hari sempena Aidilfitri

Iklan
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bayaran Tol Rahmah percuma selama empat hari bermula Rabu.

Anwar berkata, Tol Rahmah percuma tersebut itu dinikmati pada Rabu, Khamis, Jumaat dan Isnin ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif itu melibatkan 33 lebuh raya di seluruh negara bagi semua kelas kenderaan.

"Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung," katanya ketika sidang akhbar di Perdana Putra di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, butiran lanjut berhubung pelaksanaan Tol Rahmah percuma akan diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan turut bersetuju melaksanakan beberapa ikhtiar khas bagi meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada rakyat termasuk pemberian kadar khas bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan

"Pemberian kadar khas ini selama sebulan bermula 21 April untuk semua saman trafik PDRM bagi kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya," katanya.

Ujar beliau, setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50.

"Kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan," kata beliau.

Menurutnya, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada Selasa dan Rabu dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.

"Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan laluan panas seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas," katanya.