KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Kepulauan Fiji pada 12.31 tengah hari Selasa.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 582 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 484km selatan dari Laucala, Fiji.