Hebahan tiket penerbangan percuma kepada guru palsu - KPM

Iklan
Kementerian Pendidikan Malaysia

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa hebahan berkenaan tiket penerbangan percuma pada musim perayaan seperti yang diuar-uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial adalah palsu dan berniat untuk mengelirukan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KPM, perkara tersebut sedang dalam siasatan pihak polis.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan, terdapat satu mesej tular di media sosial yang mana kementerian tersebut menawarkan tiket penerbangan percuma kepada kepada warga pendidik.

Menurut mesej berkenaan, tiket tersebut disediakan pada tarikh 20 April untuk perjalanan pergi dan 27 April bagi perjalanan pulang.

Iklan

Selain itu, KPM turut mengambil maklum akan keperluan tiket penerbangan bagi guru yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2023.

Menurut KPM, pihaknya menerima maklumat seramai 10 orang guru yang terdiri daripada pelbagai kaum bersama 48 orang ahli keluarga mereka mengalami kesukaran mendapatkan tiket penerbangan pulang berhari raya ke Sabah dan Sarawak.

Iklan

Tambahnya, kesemua mereka telah memulakan penerbangan menaiki penerbangan Air Asia seawal 17 April 2023 dengan menggunakan Waran Perjalanan Udara Awam yang layak diterima.

"Umum mengetahui semua penjawat awam yang layak menerima Waran Perjalanan Udara Awam masih menerima manfaat seumpamanya.

"KPM cakna dan memahami kesulitan tersebut dan telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta Syarikat Penerbangan Air Asia untuk membantu mencari jalan penyelesaian dengan mendapatkan tiket penerbangan guru-guru bersama-sama ahli keluarga yang terlibat,” katanya.