Pemandangan bandaraya Georgetown kabur dari arah Butterworth berikutan keadaan jerebu yang melanda di negeri ini hari ini.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) pada 12 tengahari tadi di negeri Pulau Pinang menunjukkan paras sederhana iaitu di Seberang Jaya (84), Seberang Perai (84), Minden (92) dan Balik Pulau (78).
Cuaca panas yang melanda semenanjung serta peningkatan titik panas di negara jiran yang menyebabkan berlakunya jerebu merentasi sempadan. - Foto Bernama