Polis rampas mercun tanpa permit bernilai RM25,000

Iklan
Sebahagian daripada mercun yang dirampas pada Isnin. - Foto: PDRM

KOTA TINGGI – Polis merampas pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM25,000 hasil serbuan di empat premis berbeza di sekitar Kota Tinggi pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, serbuan yang dilakukan mulai jam 8.30 hingga 11.30 malam di empat premis itu mendapati kesemua mercun yang dirampas itu diletakkan dalam 17 kotak besar dipercayai bagi tujuan untuk dijual.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, polis turut menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 50-an.

"Semakan rekod juga mendapati keempat-empat lelaki yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Iklan

"Bagaimanapun, kesemua lelaki berkenaan akan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki, menyimpan atau menjual bahan letupan.

Iklan

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.