Bernas rai lima keluarga asnaf sempena Aidilfitri

Iklan
Penerima bantuan persiapan raya menerusi Program Ikhlas Ramadan Bernas.

SHAH ALAM - Padiberas Nasional Bhd (Bernas) meraikan dan menyantuni lima keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan yatim piatu, petani dan kurang berkemampuan dengan menyampaikan bantuan persiapan raya menerusi Program Ikhlas Ramadan Bernas Khamis lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Bekalan dan Skim Bernas, Mohamad Solhi Mohd Salleh berkata, lima keluarga itu dipilih dari kariah masjid Almuzakkirin, Kampung Chawi, Telok Intan iaitu sebahagian daripada komuniti Kilang Beras Bernas (KBB) Changkat Lada, Perak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menerusi bantuan tersebut, mereka dibawa membeli-belah baju raya mengikut pilihan masing-masing di salah sebuah pasar raya terkemuka di Manjung selain turut menerima wang tunai.

Salah seorang penerima, Siti Mariam Othman mengakui gembira dengan bantuan baju raya yang dihulurkan Bernas.

Iklan
Siti Mariam (kiri) menyarungkan baju Melayu kepada adiknya yang masih bersekolah.

"Melalui bantuan yang dihulurkan ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung dari segi perbelanjaan menjelang hari raya”, jelasnya yang turut menyara dua orang adiknya.

Dalam pada itu, Mohd Shahril Ibrahim berkata, dia amat bersyukur menerima bantuan persiapan raya untuk anak-anaknya.

Iklan

"Alhamdulillah, sangat gembira melihat anak-anak seronok memilih pakaian mereka dengan warna sedondon,” ujarnya.

Selain itu, Bernas turut menyalurkan bantuan tunai kepada lima masjid iaitu Masjid Al-Muzakkirin Kampung Bukit Chawi, Masjid Nurul Hidayah, Masjid Muhajirin, Masjid Jumhuriah dan Surau Ibadur Rahman yang terletak di sekitar Teluk Intan, Perak.