KOTA BHARU - Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah mencemar duli mengurniakan sumbangan kepada warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Selasa.
Baginda tiba di Dewan Dato Dr Abdul Rahman di sini pada jam 4 petang dan meluangkan masa selama setengah jam.
Hadir mengiringi Baginda Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Muhamad Zaki ketika ditemui berkata, seramai 10 penerima telah dipilih untuk menerima kurniaan daripada Sultanah Kelantan.
Menurut beliau, ia merupakan penganjuran kali pertama dan warga IPK Kelantan begitu teruja dengan keprihatinan baginda.
"Majlis ini melambangkan hubungan erat antara raja dengan rakyat. Kita boleh lihat baginda begitu mengambil berat tentang rakyat dalam apa jua keadaan.
"Dengan kata lain, raja dan rakyat berpisah tiada," ujarnya.