Setahun menanti, Michelle Yeoh bawa pulang Oscar ke Malaysia

Iklan
Michelle mencipta sejarah memenangi Anugerah Akademi untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk wataknya dalam Everything Everywhere All At Once. - Foto: AWANI

SELEPAS setahun menanti dengan penuh harapan, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya membawa pulang trofi Oscar ke tanah air.

Menggambarkan kejayaan itu sebagai kemenangan buat seluruh rakyat Malaysia, Michelle bagaimanapun sebak menceritakan tentang kesukaran yang dilaluinya untuk mencipta nama di pentas dunia.

Iklan
Iklan

"Terima kasih kerana bersama saya dalam perjalanan ini. Saya merasai sokongan anda sepanjang perjalanan yang sukar dan sunyi ini,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Ditanya tentang pengalamannya membesar di Malaysia, Michelle berkata, kejayaannya antara lain berpunca daripada peluang untuk membesar dengan kepelbagaian budaya, keindahan alam sekitar dan tahap pendidikan yang baik.

Iklan

"Membesar dalam persekitaran ini menjadikan saya lebih terbuka.

"Kita perlu menerima hakikat bahawa kita berbeza. Itu keindahan dunia ini apabila perbezaan antara satu sama lain menjadikan kita kompleks dan dinamik,” ujarnya.

Iklan

Malah, Michelle turut menyeru kepada penggiat industri seni tempatan supaya mengambil peluang meraikan keunikan Malaysia dalam karya-karya yang boleh dinikmati pasaran global.

"Kita sering meletakkan diri dalam zon selesa dan hanya memikirkan tentang pasaran kita. Apabila kita menghasilkan filem, ia harus menjadi global.

"Kita perlu mencipta peluang dan platform untuk menonjolkan bakat yang ada. Saya ingin bekerjasama rapat dengan ketua-ketua studio di sini, serta mereka yang boleh membuat perubahan,” ujar Michelle.

Pada Mac lalu, Michelle mencipta sejarah memenangi Anugerah Akademi untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk wataknya dalam Everything Everywhere All At Once. - Awani