KOTA BHARU - Pergerakan kenderaan masuk ke Kelantan khususnya di Gua Musang sempena Aidilfitri dijangka berada pada skala tiga hingga empat atau kelajuan bawah 50 kilometer sejam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum ini keadaan lalu lintas di Gua Musang berada pada skala satu hingga dua sahaja.
Iklan
Iklan
"Tahun ini berada di skala tiga hingga empat. Bagaimanapun, skala itu akan berubah kepada satu hingga dua sebaik sahaja memasuki Kuala Krai dan daerah seterusnya," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis pengurniaan sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Selasa.
Menurut beliau, pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar mengamalkan sikap toleransi termasuk mematuhi peraturan lalu lintas ketika pulang ke kampung sempena musim perayaan ini.
Ujarnya, sikap serta perilaku pemandu sangat penting ketika berada di jalan raya bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.