'Inilah barisan terbaik kita'

Iklan
Skuad Harimau Muda dibarisi majoriti pemain yang beraksi pada Piala Merlion 2023 di Singapura bulan lalu. - Foto FB FAM, gambar kecil: Azlan

SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) negara kendalian jurulatih berpengalaman, E Elavarasan memiliki ramuan terbaik untuk membawa pulang 'ibu emas' pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja bulan depan.

Penganalisis sukan, Azlan Johar percaya skuad muda negara itu mempunyai reputasi yang baik menerusi kejayaan yang mereka lakar di pentas antarabangsa sebelum ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Elavarasan juga sudah pasti mempunyai strategi ampuh untuk mencapai sasaran mara ke final seterusnya memenangi pingat emas dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA kali ini.

"Skuad negara kali ini dibarisi pemain berkebolehan dan terbaik yang mampu melakar kejutan pada temasya Sukan SEA di Kemboja nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Iklan

Pada Sukan SEA edisi ke-32 ini, Malaysia diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama-sama Thailand selaku juara 16 kali selain penyandang juara, Vietnam, Singapura serta Laos dalam Kumpulan B.

Bulan lalu, skuad Harimau Muda merangkul kejuaraan Piala Merlion 2023 selepas menumpaskan Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Stadium Jalan Besar, di Singapura.

Iklan

Mengulas ketiadaan Arif Aiman Hanapi, Azlan menganggap ia satu kerugian buat skuad negara memandangkan Sukan SEA menjadi pentas terbaik buat bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukir nama di rantau ini.

"Percayalah memenangi pingat emas Sukan SEA akan menjadi satu kenangan terindah untuk dikongsi bersama anak dan cucu kita pada masa depan,” ujarnya.

Sambil mengakui bola sepak bukan bergantung kepada individu, sebaliknya menuntut kerjasama berpasukan, Azlan mahu barisan pemain memahami sasaran yang diletakkan kepada mereka dan memberikan yang terbaik buat negara.

"Saya percaya jurulatih ada solusi terbaik bagi menampung ketiadaan pemain tertentu. Berlatih bersungguh-sungguh. Berikan yang terbaik demi negara," katanya.

Menyentuh skuad negara berada dalam 'kumpulan maut', Azlan melihat situasi itu dari sudut positif dengan berkata:"Bukan Malaysia yang 'maut' tetapi pasukan lawan yang 'maut'.”