Wanita UMNO, PH bincang strategi rampas Kelantan

Iklan
Norwahida (duduk, empat dari kiri) bersama Wanita UMNO dan PH pada Majlis Iftar Wanita Kerajaan Perpaduan pada Selasa.

KOTA BHARU - Wanita UMNO dan Wanita Pakatan Harapan (PH) sudah bersedia duduk semeja bagi membincangkan strategi merampas Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Wanita UMNO Kelantan, Norwahida Patuan berkata, beberapa isu penting di negeri ini termasuk masalah air dan agama akan menjadi perkara utama dalam perbincangan berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau turut mengakui Muslimah Pas merupakan kumpulan yang kuat, namun tidak mustahil Wanita UMNO dan PH merampas kedudukan mereka.

"Kita tidak nafikan bahawa isu air mungkin sudah tepu untuk rakyat Kelantan tetapi masih ramai yang berharap ada perubahan dalam pemerintahan di negeri ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Wanita Kerajaan Perpaduan di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim dan Ketua Wanita PKR Kelantan, Nor Azmiza Mamat.

Iklan

Tegas Norwahida, Wanita UMNO tidak akan pernah berputus asa untuk memenangi hati rakyat Kelantan.

"Kemenangan Kelantan disebabkan pengundi dari luar negeri ini. Mereka pulang mengundi tetapi kemudian kembali ke tempat bekerja tanpa mengetahui masalah rakyat yang ada di sini," katanya.

Sementara itu katanya, Wanita UMNO dan PH turut bersetuju menuntut kerusi bagi membolehkan mereka meletakkan calon untuk bertanding pada PRN.

"Kita menyasarkan nisbah 3:3 atau 6:6 daripada 45 kerusi yang ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.