IPOH - Polis sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, di sini seperti yang tular dalam rakaman video menerusi laman Twitter.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu menerusi akaun Twitter menggunakan nama 'Megatz' pada Selasa.