Real mudah tundukkan Chelsea

Iklan
Pemain Real meraikan jaringan pembukaan pasukan. - Foto EPA

RODRYGO meledak dua gol untuk membantu Real Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Chelsea 4-0 menerusi agregat di Stamford Bridge pada Rabu.

Pasukan tuan rumah, dengan Frank Lampard kembali ke pangkuan Chelsea sebagai pengendali sementara bermula baik pada separuh masa pertama.

Iklan
Iklan

Namun, mereka terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol sekali gus memberi tekanan ke atas juara bertahan berkenaan.

Real menghukum ketumpulan serangan Chelsea apabila Rodrygo meledak gol pada minit ke-58 selepas serangan balas pantas dan dia menjadikan kedudukan 2-0 ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Iklan

"Separuh masa kedua kami jauh lebih baik dan menjaringkan dua gol. Kami gembira kerana layak," kata pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Ancelotti turut memuji peranan yang dimainkan penjaga golnya, Thibaut Courtois yang tampil cemerlang menyelamatkan percubaan berbahaya Chelsea.

Iklan

"Aksi terbaik dari Courtois menafikan jaringan lawan. Chelsea mencuba segala-galanya, mereka mencipta masalah untuk kami," katanya.