Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemandu

Iklan
Ahmad Kamarunzaman ketika melancarkan Ops Hari Raya Aidilfitri 2023 di Terminal Bas Seksyen 17 di sini pada Rabu.

SHAH ALAM - Menyamar sebagai penumpang antara taktik digunakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti serta mengambil tindakan ke atas pemandu bas yang didapati melakukan kesalahan jalan raya sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Pengarah JPJ Negeri Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, kaedah penyamaran itu didapati berkesan bagi memastikan tindakan segera dapat diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kaedah berkenaan dilaksanakan bagi memantau kelakuan pemandu dan kesalahan yang dilakukan oleh mereka bermula pada 18 April sehingga 27 April ini.

"Antara kesalahan yang sering dikesan menerusi kaedah penyamaran dijalankan sebelum ini adalah pemandu memandu di lorong kanan secara berterusan, tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer atau empat jam perjalanan, pemandu merokok dan tidak memakai kasut, penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan tiada lesen Lesen Vokasional Kenderaan (PSV).

Iklan

"Dengan kaedah penyamaran ini tindakan saman dapat terus dilaksanakan terhadap pemandu yang didapati melakukan kesalahan," katanya.

Ahmad Kamarunzaman beramah mesra bersama pemandu bas dalam Ops Hari Raya Aidilfitri 2023 di Terminal Bas Seksyen 17 di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Ops Hari Raya Aidilfitri 2023 di Terminal Bas Seksyen 17 di sini pada Rabu.

Iklan

Katanya, seramai 325 anggota JPJ akan digerakkan sepanjang pelaksanaan operasi tersebut.

"Antara kesalahan utama yang disifatkan sebagai kesalahan utama penyebab kemalangan adalah tidak mematuhi lampu isyarat, tidak mematuhi had laju, memotong garisan berkembar, guna telefon bimbit semasa memandu dan beberapa kesalahan lain," katanya.

Ahmad Kamarunzaman

Jelas beliau, pihaknya turut menfokuskan kepada 23 lokasi kawasan kerap kemalangan di negeri ini dengan menempatkan anggota JPJ bagi menjalankan pemantauan.

"Rondaan secara berkala akan dijalankan melibatkan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan puluhan jalan persekutuan serta jalan negeri.

"JPJ amat mengalukan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat sekaligus membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan," katanya.