Rohana Jalil kini kritikal di ICU

Iklan
Rohana (kanan) dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia. - Foto Instagram @Kilafairyofficial

SHAH ALAM - Artis veteran tanah air, Rohana Jalil, 68, dilaporkan dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak semalam.

Memetik laporan media tempatan, berita duka tersebut disahkan oleh rakan baiknya, Datin Salwa Abdul Rahman, tanpa mengetahui punca penyakit penyanyi popular era 1980-an itu.

Iklan
Iklan

Menurut Salwa, beliau terkejut dengan perkhabaran kesihatan ibu kepada pelakon Kila Fairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan itu berada dalam keadaan kritikal.

Jelasnya, pegawai perubatan masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan tentang penyakit yang dihidapi Rohana kerana sebelum ini, beliau tidak pernah berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius.

Iklan

"Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam, pada Ahad lalu, namun Jaafar memberitahu Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba ketika sedang menyanyi.

"Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya benar-benar terkejut kerana sepanjang mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit,” katanya.

Iklan

Menurut laporan media itu, sewaktu Rohana dikejarkan ke hospital, anak-anak kepada juara Bintang RTM 1980 itu enggang memaklumkan kepada sesiapa dan bertindak untuk merahsiakannya.

Bagaimanapun, Salwa memaklumkan, apabila kondisi kesihatan penyanyi itu semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan dan memohon doa agar ibu mereka diberi kesembuhan.

"Buat masa ini, pelawat tidak dibenarkan melawat kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.

"Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun masih dalam keadaan lemah dan pemantauan, semalam,” ujarnya.