realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition elegan, inovasi

Iklan
realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition.

EDISI terhad telefon pintar terbaharu keluaran Realme Malaysia, iaitu realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition, lebih elegan dan inovasi.

Realme dalam kenyataan berkata, dengan rekaan memaparkan warna dan simbolik jenama minuman ringan terkenal itu, menambahkan lagi tarikan dan keunikannya.

Iklan
Iklan

"Permukaan belakang telefon ini mempunyai kemasan besi aluminium dan ia turut mempunyai warna merah yang sinonim dengan jenama minuman ringan ini, serta logo Coca-Cola yang dipotong sedikit.

"Apabila anda mengambil gambar, bunyi shutter digantikan dengan bunyi ‘pop’ yang terhasil seolah-olah anda membuka botol kaca Coca-Cola.

Iklan

"Bunyi notifikasi pula digantikan dengan bunyi hirisan buih apabila anda membuka tin minuman, manakala nada dering juga ditukar," kata kenyataan itu pada Selasa.

Pembeli akan menerima pembungkusan telefon yang mempunyai hiasan unik dengan kotak Coca-Cola, jarum sim khas, pelekat DIY dan kad nombor terhad.

Menurut Realme, pembeli juga akan menerima pembungkusan telefon yang mempunyai hiasan unik dengan kotak Coca-Cola, jarum sim khas, pelekat DIY dan kad nombor terhad.

Iklan

Tambahnya, spesifikasi realme 10 Pro 5G mempunyai skrin 120Hz, cipset Snapdragon 695 5G, kamera 108 Megapixel, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W dan perisian realme UI 4.0.

"Setiap set telefon pintar ini mempunyai 8GB RAM dan 256GB storan dalaman dan menyediakan sehingga 1TB memori luaran, jadi pengguna boleh menyimpan lebih banyak kenangan.

Rekaan realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition lebih elegan dan inovasi.

Realme juga telah mengadakan jelajah bagi mempromosi produknya dengan menggunakan van kombi pada Ahad lalu di Pasar Malam Taman Tun Dr Ismail dan diikuti Pasar Malam Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur, pada Rabu (hari ini) bermula 5 hingga 9 malam.

"Orang ramai perlu 'Like dan Share' (tekan tanda suka dan kongsi) untuk memenangi hadiah percuma di van kombi berkenaan.

"Ini sempena promosi hari raya realme dan dapatkan peluang untuk menyertai cabutan bertuah (bernilai sehingga RM70,000)," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai set edisi terhad ini boleh layari TikTok dan Facebook realmeMalaysia.