Surat tawaran kontrak tiada dalam sistem MFL

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menyangkal tuduhan bahawa badan pentadbir liga itu sebagai punca surat tawaran kontrak pemain import Selangor FC 'bocor' seperti yang tular baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, tuduhan yang dilemparkan kepada pihaknya itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Menurutnya, MFL hanya menerima kontrak pemain dan bukannya surat tawaran kontrak yang diberikan kepada pemain pasukan tersebut.

"MFL tidak akan memberi sebarang kenyataan kepada media sosial tetapi disebabkan ada pertanyaan daripada pihak media, jadi kita akan jelaskan.

Iklan

"Sistem MFL adalah muat naik kontrak pemain tetapi surat tawaran ini tidak wujud dalam sistem kita. Jadi dakwaan itu adalah tidak berfakta dan tidak bertanggungjawab.

"Kita ambil peluang susulan pertanyaan media untuk jelaskan bahawa dokumen ini tidak wujud dalam sistem MFL," katanya kepada media ketika Majlis Berbuka Puasa Jalinan Kasih AEON BiG dan MFL di Wangsa Maju pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin lalu, sebuah laman Facebook mendedahkan satu surat tawaran kontrak yang didakwa milik pemain import Selangor FC dengan nilai gaji RM132,000 sebulan.

Susulan itu, ramai yang menuding jari kepada MFL yang dikatakan punca surat tawaran tersebut bocor.

Namun, surat tawaran yang berlegar di media sosial itu disahkan palsu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Selangor FC.

Dalam masa sama, Stuart menjelaskan pihaknya tidak berhubung dengan pengurusan Selangor FC untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai isu tersebut.

"Saya rasa Selangor FC tahu apa yang dimuat naik dalam sistem kita. Kita tidak muat naik apa-apa dokumen tetapi pasukan (yang lakukannya).

"Saya percaya mereka juga tahu yang dokumen ini bukan datang daripada MFL," ujarnya.