SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sedang membaiki lima tangki air di Port Dickson bagi menyalurkan bekalan air yang lebih baik dan berterusan kepada penduduk di kawasan tinggi.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia sekali gus menangani masalah gangguan air yang kerap berlaku di beberapa kawasan di daerah itu sehingga menyukarkan penduduk menjalani kegiatan harian.